Categories
Tips Keselamatan

5 Cara Pakai Facemask Dengan Betul

5 Cara Memakai Pelitup Muka Yang Betul

Ya, tak dinafikan yang semua orang tak selesa memakai pelitup muka tapi apakan daya, COVID-19 datang menyerang kita umpama perang dunia ke-3 sedang berlaku. Apa pun, kita perlu patuh pada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan yang terapkan etika yang betul dalam semua tindakan kita.

Musim ni, pelitup muka bagai sudah menjadi keperluan dalam kehidupan seharian kita, nak pergi mana-mana pun mesti kena bawa dan pakai. Kalau tak, sia-sia melayang RM1,000 jika kena tangkap.

Nak pakai Facemask pula ada cara yang betul. Kita perlu ingat semula tujuan memakai Facemask ni bukan nak elak kena saman tapi untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan COVID-19. Haaa.. Kat bawah ni, ada beberapa Cara memakai Facemask dengan betul. Jom baca :

  1. JANGAN PAKAI DI BAWAH DAGU

Biasanya amalan ini sering dilakukan sesetengah masyarakat semasa hendak makan atau minum. Ianya SALAH dan boleh mendatangkan BAHAYA. Anda perasan ke perasan kalau setiap kali kita berpeluh, bahagian dagu kita basah jika terlalu banyak peluh. Jika Anda buka dan letakkkan pelitup muka di dagu, bahagian dalam pelitup muka akan tercemar dan menjadi kotor akibat kuman didagu terkumpul pada bahagian dalam topeng muka.

Maka, Lebih baik Anda tanggal dan simpan jika ingin makan atau minum atau melakukan apa-apa jua aktiviti yang tidak perlu memakainya.

2. JANGAN LETAK MERATA-RATA

Pelitup muka ini bertujuan melindungi diri kita daripada terkena jangkitan. Bayangkan, Anda seorang pembawa Virus COVID-19, apabila anda tanggalkan walaupun sebentar tetapi pelitup muka itu tidak disimpan di tempat yang selamat, maka Virus tu pun akan merebak di tempat tersebut.

3. TIDAK MENYENTUH DI BAHAGIAN DALAM DAN LUAR

Dah nama pun sentuh mestilah gunakan tangan kan. Tangan kita pula bukannya boleh duduk diam sibuk je nak sentuh sana sini, pastu pegang Facemask. Bila kuman atau Virus melekat pada bahagian dalam, dengan mudah jer dia masuk melalui hidung dan mulut kita. So, kalau nak pegang juga, sila pegang di bahagian tali.

4. JANGAN PAKAI FACEMASK YANG ROSAK.

Facemask yang rosak bukan sahaja jika terkoyak atau putus, malah kotor atau basah juga boleh dikategorikan sebagai rosak. Sifat basah atau lembap sangat digemari oleh kuman. Maka anda tukar sahaja yang baru. Jangan risikokan diri anda semata-mata nak “berjimat”.

Jangan sampai terlantar di ICU baru nak kenal makna “Jimat”

5. JANGAN BERKONGSI DENGAN ORANG LAIN

Hahaha.. Dengar macam kelakar kan, tapi inilah hakikat jimat tahap bunuh diri. Walaupun perkongsian itu berlaku dalam kalangan keluarga anak-beranak, tapi salah tetap salah. Kat sini ‘sharing is caring’ tak wujud.

Virus ni dia tak pandang pada pertalian keluarga, sifat dia hanya menjangkiti. Maka dimana ada ruang, disitu dia berjuang. Hehe..

Rata-rataya disebabkan oleh faktor Kuman kan. Tapi ramai yang ambil mudah walaupun nampak mudah. Lebih baik cegah daripada mengubati. Anda mampu mengubahnya.

Dah baca perkongsian kat atas ? Jika anda rasa bermanfaat, apa kata tolong share pada rakan yang lain

https://www.facebook.com/mybiopest/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *